MYAGROSIS

Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit Perikanan Kolonial diwujudkan oleh Kerajaan British di bawah Pentadbiran Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selat.

Selepas Merdeka, Jabatan Perikanan Malaya telah dikenali sebagai Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu dan diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama. J.S.Scott telah dilantik sebagai Pemangku, Pengarah dan kemudiannya jawatan ini dipegang oleh Encik Soong Min Kong. Sektor akuakultur telah dimajukan melalui aktiviti penyelidikan dan latihan. Pada Julai 1963, operasi Ibu Pejabat Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Visi
Peneraju Transformasi Perikanan Mampan dan Berdaya Saing.

Misi

  1. Membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif.
  2. Menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.
  3. Melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.



Objektif

  1. Merealisasikan pengeluaran ikan untuk tujuan makanan sebanyak 2.6 juta tan metrik melalui sumbangan perikanan tangkapan yang optimum sebanyak 1.8 juta tan metrik dan akuakultur sebanyak 0.8 juta tan metrik.
  2. Mencapai kadar pertumbuhan purata tahunan pengeluaran rumpai laut dan ikan hiasan sebanyak 10% dan 12%.
  3. Pelaburan tambahan swasta mencapai RM10 bilion menjelang tahun 2020.
  4. Menepati tadbir urus yang rapi dengan aktiviti-aktiviti utama Jabatan memperolehi Pensijilan ISO menjelang tahun 2015.
  5. Membangun dan mengkomersialkan 10 teknologi baru menjelang tahun 2020.
  6. Memastikan pendapatan kumpulan sasar Jabatan yang terlibat dalam aktiviti perikanan melebihi RM1,500 sebulan.

 

Sumber: JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

You are here: Home AWAM AGENSI MOA JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (DOF)

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)