MYAGROSIS

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.

Visi

  • Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.

Misi

  • Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.
  • Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.
  • Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.
  • Melahirkan modal insan yang kompeten.

Objektif

  • Mewujudkan komuniti Nelayan maju menjelang tahun 2015.
  • Meningkatkan produktiviti sektor tangkapan ikan negara sebanyak 1.7% setiap tahun.
  • Membantu meningkatkan pengeluaran akuakultur sehingga 10% menjelang tahun 2015.
  • Menyokong Pembangunan Industri Asas Tani.
  • Meningkatkan kecekapan pemasaran dan laluan pasaran.
  • Mentransformasi infrastruktur perikanan negara menjelang 2015.
  • Mempertingkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan mulai tahun 2011.
  • Mewujudkan sistem penyampaian lestari menjelang 2015.

Sumber: LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

You are here: Home AWAM AGENSI MOA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)