MYAGROSIS

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA

Di bawah akta tersebut, MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas seperti yang digariskan iaitu:-

  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda.
  • Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Matlamat MADA

MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA

  • Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:
  • Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
  • Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
  • Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
  • Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
  • Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
  • Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.

Sumber: LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

You are here: Home AWAM AGENSI MOA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)