MYAGROSIS

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.

Hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah:

  • Sayur-sayuran
  • Buah-Buahan
  • Bijiran dan Herba
  • Ternakan dan Akuakultur

Fungsi -Fungsi Utama FAMA ialah:

  • Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan
  • Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia
  • Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan
  • Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian dan
  • Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.

Sumber: LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN

You are here: Home AWAM AGENSI MOA LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN (FAMA)

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)