MYAGROSIS

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LEMBAGA NANAS) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 - Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama.

Pada 29 Mei 1996, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membubarkan Lembaga Nanas dan fungsinya dipindahkan kepada Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI. Perlaksanaan pembubaran dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 3 tahun tertakluk kepada pembubaran Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990).

Lembaga Nanas telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian pada 1 Jun 1999 bagi menyempurnakan perlaksanaan pembubaran tersebut. Kementerian Pertanian telah diberi peranan sebagai agensi peneraju bagi menyelaraskan tindakan pembubaran yang berkaitan dengan pengagihan fungsi, kakitangan, harta, tanggungan, kuasa dan perundangan Lembaga Nanas di kalangan agensi yang terlibat.

Bagaimanapun, pada 14 Jun 2000, Jemaah Menteri bersetuju untuk mengkaji semula keputusan pembubaran. Oleh itu, pada 15 September 2004, Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya Lembaga Nanas dikekalkan sebagai peneraju pembangunan industri nanas negara dan membatalkan keputusan pembubaran Lembaga Nanas pada 29 Mei 1996. Selain itu, harta alih dan harta tidak alih yang sedia ada di Lembaga Nanas juga dikekalkan dan semua jawatan.

Objektif

  1. Untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara, pertukaran mata wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.
  2. Untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan penglibatan pelaburan asing dalam industri.
  3. Untuk menguruskan sektor penanaman nanas dan memaksimakan pengeluaran secara berterusan.
  4. Untuk meningkatkan Program Kawalan Mutu bagi menjamin kualiti hasil yang berterusan.
  5. Untuk mengekalkan dan mengukuhkan pasaran yang sediada dan menerokai pasaran baru.
  6. Untuk meningkatkan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan nanas serta menambahkan aktiviti-aktiviti industri nanas hiliran dan bernilai tambah tinggi.
  7. Menjadi pusat maklumat dan rujukan kepada industri nanas.
  8. Untuk menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai projek-projek industri nanas dan mengekalkan penglibatan mereka melalui khidmat nasihat dan pemantauan yang berterusan.
  9. Untuk menggalakkan pembangunan industri yang terancang melalui khidmat pengembangan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan.
  10. Untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam pelbagai bidang dan perkongsian pintar bagi mendapat faedah melalui teknologi dan pertukaran maklumat saintifik.

Aktiviti Keusahawanan MyAgrosis yang ditawarkan LPNM

  1. Agro ladang – Projek tanaman nanas
  2. Agro Inovasi – Mencipta mesin-mesin pemprosesan produk untuk usahawan/ untuk pengusaha tanaman nanas.

 

Sumber: LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS

You are here: Home AWAM AGENSI MOA LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS (LPNM)

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)