MYAGROSIS

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus.

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.

Visi
Lembaga Pertubuhan Peladang menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan Peladang yang unggul dan cemerlang.

Misi
Membangunkan Pertubuhan Peladang sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah ahli peladang komersil

Fungsi LPP

Fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta, adalah seperti berikut :-

  1. Untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang.
  2. Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  3. Jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan 10, untuk merancang dan melaksanan sesuatu  pembangunan pertanian di dalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan: dan
  4. Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.
  5. LPP melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi utama iaitu : fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan Fungsi sebagai agen Pembangunan.

i.  Fungsi Pendaftar
Ketua Pengarah LPP ialah Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang (PP) dan koperasi berasaskan pertanian dan bertanggungjawab untuk mendaftar, menyelia dan mengawal termasuk pengauditan akaun semua PP dan koperasi yang berasaskan pertanian. Kuasa dan tugas agensi dan pendaftar adalah berhubungan dengan :

  1. Pendaftar PP dan koperasi berasaskan pertanian
  2. Menyelia dan mengawal semua aktiviti PP dan koperasi berasaskan pertanian.
  3. Mengaudit dan mengawal akaun
  4. Membatal pendaftaran termasuk memansuhkan satu-satu pertubuhan: dan
  5. Memberi pendidikan dan latihan untuk ahli

Pendaftar telah melantik Ketua Eksekutif bagi agensi-agensi berkenaan sebagai wakilnya bagi memudah kelancaran dan keberkesanan tugas-tugas dan tanggungjawab pendaftar di kawasan MADA, KADA dan negeri Sarawak. Pengarah-pengarah LPP negeri juga telah dilantik. Namun kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung, memansuh dan sebagainya masih lagi dipegang oleh Pendaftar.

ii.  Fungsi Pengurusan
LPP memberi khidmat pengurusan PP untuk melancarkan operasi dan melaksanakan projek secara cekap. khidmat yang diberikan termasuk pentadbiran kakitangan, khidmat pengurusan, latihan untuk kakitangan PP dan khidmat perundingan


iii.  Fungsi Pembangunan
Teras utama LPP adalah untuk meneroka pembangunan ekonomi dan sosial PP dan melaksanakan projek secara cekap dan bersepadu bagi meningkatkan lagi pendapatan PP seterusnya memberi faedah kepada ahli-ahli.

Peranan LPP
LPP melaksanakan program dan projek selaras dengan polisi semasa kerajaan dalam bidang pertanian dan pembangunan luar bandar termasuk yang menyentuh isu mengurang kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Penglibatan LPP dalam polisi kerajaan yang paling relevan ialah:-

a) Dasar Pembangunan Negara (NAP)

Peranan LPP dalam Dasar Pembangunan Negara ini adalah untuk membantu melaksanakan pembangunan yang seimbang. Dalam melaksanakan program dan projek untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. LPP melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Dasar yang terdapat dalam Perspektif Pelan Rangka Ketiga (2001 - 2010). Dasar-dasar ini adalah berkaitan dengan:

  • Membangunkan sebuah negara yang jitu,
  • Membangun ke arah masyarakat yang adil,
  • Mengekalkan pertumbuhan ekonomi,
  • Berdaya saing peringkat global,
  • Membangunkan ekonomi yang berteraskan pengetahuan ( K-Ekonomi ),
  • Pengukuhan Pembangunan Sumber Manusia,
  • Pembangunan yang menjaga alam sekitar


b) Dasar Pertanian Negara Ketiga ( NAP 3 ) 1998-2010

Di bawah NAP 3. Halatuju, strategi dan makanisma pelaksanaan dasar baru diletakkan keperihatiannya kepada pembangunan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya.penumpuan terhadap sekurti makanan, produktiviti, inflasi, pelaburan sektor swasta didalam pertanian, pengalakan eksport dan pengurangan import yang tidak produktif serta pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara wajar.
Lima fungsi utama LPP di bawah dari Pelan Korporat LPP (2000-2005) dan Dasar Pertanian Negara adalah seperti berikut:

  • Mengerakkan dan mengatur peladang-peladang untuk menceburi projek pertanian yang berasaskan kesesuaian iklim, tanah, kehendak pasaran dan kebolehupayaan.
  • Mengukuhkan institusi peladang sejajar dengan Dasar Pertanian Kebangsaan Ketiga yang mana untuk mengubah PP menjadi pertubuhan yang berorentasikan perniagaaan.
  • Meningkatkan pembangunan peladang usahawan.
  • Meningkatkan pembangunan sumber Manusia.
  • Melengkapi PP dengan kemudahan IT bagi mengupayakannya menjadi agensi setempat di sektor luar bandar.

Pelan Korporat
Buku Pelan Korporat LPP 2011-2015 [muat turun pdf]

Pengenalan
Pelan Korporat merupakan dokumen perancangan strategik utama yang menjelaskan pernyataan visi, misi, teras strategik, keutamaan dan sasaran yang akan dicapai untuk LPP bagi tempoh lima tahun akan datang iaitu dari tahun 2011 hingga 2015. Pelan ini juga menggariskan bidang-bidang yang akan dilaksanakan oleh LPP serta aspek-aspek yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan dimasa akan datang.

Objektif Pelan Korporat

  • Menyediakan aktiviti utama yang perlu diberi keutamaan sebagai fokus tumpuan jangka pendek dan jangka panjang;
  • Menyediakan penjelasan mengenai peranan LPP dalam pembangunan PP dan pertanian serta impak program yang dijalankan di semua peringkat;
  • Menyediakan skop fungsi utama yang dijalankan sebagai panduan kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas;
  • Mempromosikan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan aktiviti selaras dengan nilai-nilai bersama yang disepakati;
  • Memantapkan komitmen, perkongsian berterusan dikalangan anggota LPP dan PP disemua peringkat (NAFAS, PPN, PPK);
  • Sebagai panduan (blue print) pada semua anggota dalam pelaksanaan tugas.


Evolusi Pelan Korporat LPP

  • Pelan Korporat Pertama (1986 - 1990)
    Ke arah mencapai matlamat mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdaya maju dan berdikari.
  • Pelan Korporat Kedua (1993 - 2000)
    Mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdikari dengan memberi penekanan kepada penerapan budaya niaga di setiap peringkat PP.
  • Pelan Korporat Ketiga (2000 - 2005)
    Penglibatan semua peringkat PP dalam program pengeluaran bahan makanan dan pembangunan produk; program tingkatkan kepakaran dan profesionalisma anggota.
  • Pelan Korporat Keempat (2006 - 2010)
    Penglibatan pergerakan tiga peringkat dalam pengeluaran bahan makanan dan meningkatkan rangkaian nilai tambah, khususnya bagi aktiviti IAT, memperkemaskan perkhidmatan PP kepada ahli, kukuhkan kemampuan institusi serta penggunaan ICT.
  • Pelan Korporat Kelima (2011 - 2015)
    Ke arah memantapkan peranan Pertubuhan Peladang sebagai penyumbang kepada pengeluar bahan makanan untuk memenuhi objektif Dasar Agro-makananNegara (DAN).

Pendekatan Transformasi
Penyediaan Pelan Korporat LPP ini juga merujuk kepada Empat (4) Tonggak Transformasi
Negara seperti berikut :

  • 1Malaysia
    - 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia (Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan)
  • Program Transformasi Kerajaan (PTK)
    - Program Transformasi Kerajaan (PTK) akan memantapkan perkhidmatan awam dalam menyampaikan hasil yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area - NKRA)
  • Model Ekonomi Baru
    - Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020
  • Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMKe-10)
    - RMKe-10 (2011 - 2015) akan menjadi penggerak utama bagi program transformasi kerajaan dan ekonomi.

Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011 - 2020

Dasar Agromakanan Negara yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Januari 2012 bersempena Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2011 di Parit Buntar Perak, merupakan dokumen utama yang menjadi rujukan dalam penyediaan pelan korporat ini.

Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 memberi tumpuan menyeluruh dalam meningkatkan kecekapan industri agromakanan di sepanjang rantaian nilai supaya industri ini menjadi produktif berdaya saing dengan memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan. Sehubungan itu, pendekatan baru yang merangkumi lapan (8) idea utama telah dikenalpasti untuk menyokong proses transformasi industri agromakanan iaitu :

  • Jaminan bekalan makanan - ketersediaan, keselamatan dan mampu beli;
  • Pembangunan pertanian bernilai tinggi;
  • Perancangan dan pembangunan pertanian mampan;
  • Kluster pertanian dinamik, memaksimumkan penjanaan pendapatan dikalangan usahawan tani;
  • Pelaburan swasta pemangkin transformasi pertanian moden;
  • Modal insan pertanian bestari dan berinformasi;
  • Pemodenan pertanian berpacukan penyelidikan (R&D) dan inovasi; dan
  • Keunggulan khidmat sokongan pertanian.

Budaya Korporat
Bagi mencapai misi kami komited untuk :

P

PROFESIONALISME


Mewujudkan anggota yang profesional dan berilmu bagi merealisasikan LPP sebagai peneraju pembangunan PP yang unggul dan cemerlang.

E

EFISIEN DAN EFEKTIF


Melaksanakan tugas, sebagai pemberi perkhidmatan dengan efisien dan efektif.

L

LUHUR


Sentiasa memperlihatkan sifat-sifat keperibadian yang luhur, taat kepada peraturan, perlembagaan dan undang-undang.

A

AMALAN POSITIF


Mengamalkan amalan-amalan positif dan berdisiplin.

D

DINAMIK


Mewujudkan anggota dinamik dan berdedikasi dalam usaha mentransformasi dan memodenkan sektor pertanian

A

AMANAH


Melaksanakan tugas dengan penuh amanah

N

NILAI MURNI


Mentaati dan berpegang kepada nilai-nilai murni

G

GEMILANG


Menggembleng dan mencapai matlamat organisasi dan peladang progresif yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Pengenalan Pertubuhan Peladang


Pertubuhan Peladang (PP) yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) merupakan Institut yang dimiliki oleh peladangpeladang. Mengikut Seksyen 7(3) Akta PP 1973, Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar PP telah mewakilkan sebahagian kuasanya kepada Pendaftar Tetap, Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak bagi negeri Sarawak, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kecuali kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung dan memansuh PP. Keseluruhan prestasi yang dibentang sehingga 31 Disember 2008, merupakan pencapaian prestasi PP di bawah penyeliaan LPP sahaja yang melibatkan sebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 12 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan 206buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).


Objektif Pertubuhan Peladang
Objektif penubuhan PP adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.


Peranan Pertubuhan Peladang
Di antara peranan PP adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran peladang menerusi penyediaan perkhidmatan, meningkatkan pertumbuhan sector pertanian yang pesat menerusi usaha penyusunan semula pertanian. Di samping itu, PP berperanan untuk meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan dalam bidang pertanian,meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti penghidupan peladang dan mengimbangi pembangunan perusahaan asas tani di kawasan luar bandar.

 

  1. Bagi mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan-kemudahan latihan kepada peladang-peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternak binatang-binatang, ekonomi rumahtangga, perniagaan dan lain-lain enterprais perniagaan; 
  2. Bagi meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang-peladang dan pekebun-pekebun kecil untuk mencapai perbagaian dan perniagaan pertanian yang lebih luas dan meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian; 
  3. Bagi mengadakan bekalan-bekalan ladang dan keperluan-keperluan harian termasuk lain-lain kemudahan yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik; 
  4. Bagi mengadakan kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha-usaha perladangan; 
  5. Bagi mengadakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan kredit dan bagi memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang-bidang pertanian dan ekonomi; 
  6. Bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar; 
  7. Bagi mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan,penggudangan dan lain-lain kemudahan; 
  8. Bagi mengendali dan mengadakan kemudahan-kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha-usaha pemasaran pertanian dan usaha-usaha yang berkaitan; 
  9. Bagi menubuh dan mengendalikan loji-loji memproses dan kompleks-kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian; 
  10. Bagi membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan ahli-ahli atau unit-unit ahlinya melalui penubuhan syarikat-syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha-usaha perdagangan dan perniagaan;
  11. Bagi membantu ahli-ahli dalam memperolehi tanah dan menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah ahli-ahli; 
  12. Bagi menggalak dan memprgiat tindakan kumpulan melalui berbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan; 
  13. Bagi mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahan-kemudahan pendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan sosial dan kebajikan keluarga perladangan;

Sumber: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

You are here: Home AWAM AGENSI MOA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)