MYAGROSIS

20141211-004

 

 

20141211-007

 Accountability Talk : Mindset Change Now !

Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya, 11 Disember 2014

Anjuran : Audit Dalam Perbendaharaan

 

 

 

Bantu lonjak pendapatan petani

Kerjasama institusi kewangan, pemain industri perlu diperhebat

 
 
 

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (tengah) menunjukkan isyarat bagus semasa menaiki motor ATV pada Majlis Pelancaran Produk Nafas Jentera Sdn. Bhd. di MAHA 2014, Serdang, Selangor, semalam. – UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

 
 

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kerjasama erat antara institusi kewangan dengan pemain industri pertanian perlu diperhebatkan bagi memastikan pendapatan golongan petani terus meningkat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, hasrat tersebut mampu dicapai sekiranya petani di negara ini menggunakan kaedah terkini seperti agro teknologi yang telah ba­nyak diperkenalkan.

Katanya, pemodenan bidang pertanian berkait rapat dengan agro teknologi, justeru penggunaan kaedah moden seperti mesin terbaharu menjadi salah satu daripada elemen yang perlu diberi penekanan bagi mencapai hala tuju tersebut.

“Bagaimanapun hasrat itu melibatkan satu langkah yang bersepadu kerana produk berteknologi memerlukan pembiayaan. Di situlah institusi kewangan seperti Agro Bank perlu ada bagi menjayakan arah tuju kita untuk memodenkan petani-petani,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan produk terbaharu Nafas Jentera Sdn. Bhd. iaitu sistem generator Nafas Gen+ dan bahan pelincir tambahan Nafastech.

Mengulas tentang produk tersebut, Tajuddin berkata, sistem itu berupaya membantu usaha kerajaan dalam transformasi bidang pertanian melalui mekanisasi sektor tersebut.

“Ini perlu untuk kita menggalakkan mekanisasi sektor pertanian. Kita mahu melihat petani-petani menggunakan jentera untuk meningkatkan hasil pertanian mereka.

“Mengenai cara pembelian produk ini pula, saya difahamkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah pun mendapat persefahaman dengan pihak Agro Bank agar kemudahan pembiayaan dapat diberikan kepada para petani,” ujarnya.

Tambah beliau, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional juga menawarkan pinjaman kepada petani yang berhasrat untuk membeli produk-produk tersebut.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

MADA perkenal jentuai Kane Kawa

Menuai padi lebih efisien, berkesan

NABIL BASARUDDIN  |  28 November 2014 1:50 AM
 
 
JURUTEKNIK Mekanikal Kane Kawa, Mohammad Hafiz Abdellah menunjukkan

JURUTEKNIK Mekanikal Kane Kawa, Mohammad Hafiz Abdellah menunjukkan jentera berkenaan di tapak pameran MAHA 2014 di Serdang, Selangor, semalam. – UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

 
 

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melalui anak syarikatnya, Syarikat Perniagaan Peladang Mada Sdn. Bhd. (SPPM) memperkenal jentuai jelapang padi, Kane Kawa sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Ketua Pegawai Eksekutif SPPM, Shakir Jamil Fisal berkata, jentuai itu mampu menuai sehingga 1.62 hektar dalam masa satu jam, sekali gus pesawah dapat menuai hasil padi dengan lebih efisien dan berkesan.

“Pesawah juga dapat mengurangkan peratusan kehilangan selepas tuaian kepada lima peratus sahaja berbanding nilai semasa yang kebiasaannya mencecah 12 peratus. Bukan sahaja hasil tuaian akan bertambah, malah mereka akan berpuas hati.

“Dengan berat kurang lapan tan, penggunaan jentuai ini kurang memberi kerosakan kepada struktur tanah, sekali gus dapat membantu pesawah untuk mengurangkan kos dan tenaga dalam membaik pulih tanah jelapang padi,” katanya dekat sini hari ini.

Tambah Shakir Jamil, antara inovasi yang telah diberikan kepada jentuai itu adalah penggunaan trek bagi menghasilkan sentuhan permukaan yang lebih baik dan mengurangkan tekanan beban kepada tanah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SPPM juga telah menjalinkan kerjasama pengkomersialan bersama-sama NAFAS Jentera Sdn. Bhd. (NAFAS Jentera) dan menjadi pengedar jentuai itu di seluruh negara.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah kabin operator lebih selesa yang mengutamakan keselamatan serta penggunaan Sistem Pengesanan Global (GPS) bagi memudahkan kerja pemantauan dilakukan,” ujarnya

Jentuai Kane Kawa kini dipamerkan di Laman Jentera dan berjaya menarik perhatian ramai pengunjung MAHA 2014 bagi melihat keunikan jentuai tersebut.

“Kita berharap dengan terhasilnya mesin jentuai seperti ini, masalah yang sering dihadapi oleh petani dapat dikurangkan, malah hasil padi negara tingkatkan,” jelasnya.

 

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

 

You are here: Home AWAM BERITA

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)