MYAGROSIS

Akuakultur sangkar telah berkembang dengan pesat sejak 20 tahun yang lalu dan merupakan satu kaedah yang paling popular digunakan dalam akuakultur di kawasan yang mempunyai persisiran pantai dan kawasan muara sungai yang terlindung.

Sistem ternakan sangkar telah berkembang dengan pesat ekoran keperluan serta masalah kekurangan kawasan ternakan untuk kolam semakin meningkat. Penggunaan rakit-rakit kayu telah semakin berkurangan dan diganti dengan sangkar-sangkar diperbuat dari "high density polyethy lene" (HDPE) yang dapat bertahan dalam kawasan yang telah terdedah disamping kos penyenggaraan yang lebih rendah.

Bagi menggalak penyertaan nelayan pantai dalam akuakultur sangkar merin untuk meningkat produktiviti dan menambah pengeluaran ikan negara, dicadangkan diadakan bantuan peralatan sangkar ternakan ikan merin. Aktiviti ini dicadangkan bagi Negeri Sabah dan Sarawak memandangkan kedua-dua negeri ini masih ketinggalan dari segi akuakultur sangkar merin berbanding di Semenanjung. Di negeri-negeri ini terdapat banyak kawasan yang bebas dari pencemaran dan sesuai untuk ternakan sangkar.

Spesis-spesis ikan yang dicadang untuk di ternak ialah seperti berikut:-

  • Siakap (Lates calcarifer)
  • Jenahak (Lutjanus Johni)
  • Kerapu (Epinephelus taurirna)
You are here: Home INFO AM KEUSAHAWAN TANI AGRO AKUAKULTUR

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)