MYAGROSIS

MyAgrosis atau Kelab Usahawan Graduan Pertanian, telah dilancarkan pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika melancarkan kelab tersebut, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa MYAGROSIS akan membawa institusi tinggi kepada teras pengeluaran makanan negara serta membantu negara menangani kekurangan import makanan.

Pelancaran Najib

Buat masa ini kita mengeksport sejumlah RM18bil barangan makanan setahun manakala import kita berjumlah RM30bil. Kita berdepan dengan kekurangan yang begitu ketara. Maka, MyAgrosis akan membantu kita memperbaiki keadaan dengan pendekatan yang baru,

- Datuk Seri Najib berucap ketika melancarkan kelab tersebut dan mengisytiharkan pembukaan Perhimpunan Usahawan Pemuda dan Graduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Dengan kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh kos makanan dalam negara ini, penduduk dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan yang berterusan di masa hadapan. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan pengeluaran makanan melalui usaha MyAgrosis, masalah ini mungkin akan menyenangkan ramai rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka. MYAGROSIS juga menerima peruntukan sejumlah RM30 juta bagi membantu dalam kemajuan programnya.

Selain itu,Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa beliau telah menggesa kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya : FAMA, Agrobank dan TEKUN bagi membantu dalam pengeluaran makanan. Oleh itu, RM10 juta daripada sejumlah RM30 juta akan disalurkan kepada Agrobank bagi menawarkan skim pinjaman bebas penjamin kepada ahli-ahli MyAgrosis dengan jumlah maksimum sebanyak RM30,000 bagi menyertai perniagaan pertanian.

Baki jumlah tersebut akan diperuntukkan kepada Tekun Nasional dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan peruntukan sebanyak RM10juta setiap sebuah agensi. Tekun akan menawarkan dana kepada peserta-peserta MYAGROSIS manakala pihak kementerian akan menawarkan kemudahan untuk program-program MYAGROSIS seperti hidroponik dan sistem bekalan air. Peruntukan baru untuk Agrobank ini menjumlahkan dana bank untuk program tersebut kepada RM20 juta.

Menurut Datuk Seri Najib peruntukan dana tersebut menandakan sokongan kerajaan sepenuhnya terhadap MyAgrosis. Dengan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan.

Adalah diharapkan bahawa kelab ini akan memberikan platform kepada graduan agar bersifat lebih dinamik dalam mengenal pasti cara-cara untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

TUJUAN
MYAGROSIS sebagai program menyokong dasar negara untuk melahirkan usahawan siswazah moden yang terbilang berasaskan bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF

  1. Melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden kreatif yang mengamalkan pelbagai kaedah teknologi moden untuk mencapai berpendapatan tinggi dibidang perniagaan tani.
  2. Meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pemasaran pertanian selaras untuk memenuhi keperluan makanan rakyat dinegara ini yang kian meningkat berasaskan konsep penggantian import dan berorentasikan eksport.
  3. Meningkatkan daya saing negara berbanding negara maju dalam bidang pengeluaran dan pemasaran pertanian berasaskan output berkualiti serta berprestasi tinggi melalui kecekapan amalan keusahawanan, kompentensi tenaga kerja, mengoptimum penggunaan sumber, inovasi, penyelidikan, teknologi, dan pengurusan modal.

JALINAN KERJASAMA DI ANTARA MOHE DAN MOA
Hasil idea penubuhan MYAGROSIS turut membawa jalinan kerjasama diantara Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi membolehkan proses pemindahan teknologi pertanian adalah mengikut kepakaran jabatan/agensi (mentor) di dalam MOA kepada para mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA ke arah menjadi usahawantani moden.

JABATAN / AGENSI

(Mentor Pemindahan Teknologi Pertanian)

UNIVERSITI (IPTA)

(Kelab MYAGROSIS)

1) Jabatan Pertanian 1) Universiti Putra Malaysia (UPM)
2) Jabatan Perikanan 2) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
3) Jabatan Perkhidmatan Veterinar 3) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
4) MARDI 4) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 5) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
6) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 6) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
7) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 7) Universiti Sains Malaysia (USM)
8) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) 8) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
9) Lembaga Pemasaran Pertanian Muda (MADA) 9) Universiti Utara Malaysia (UUM)
10) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 10) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
11) Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank) 11) Semua IPTA
12) TEKUN Nasional) 12) Semua IPTA

IMPAK PENUBUHAN MYAGROSIS
Kewujudan MYAGROSIS di IPTA memberi impak besar kepada pihak-pihak yang terlibat seperti didalam Jadual berikut:

Siswazah

  • Lahirnya usahawantani moden yang berpendapatan tinggi anggaran purata RM10000/Sebulan
  • Jangkaan ahli tahun 2012 (5,000) Tahun 2013 (10,000) dari semua IPTA yang terlibat.
  • Peluang mendapat latihan keusahawanan tani mengikut modul khas di IPTA terpilih secara percuma.

MOA

  • Meningkatkan kebekesanan & kecekapan perpindahan teknologi agro kepada golongan sasaran.
  • Mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara.

MOHE (IPTA)

  • Kebolehpasaran Siswazah
  • Peluang Penyelidikan & Perundingan untuk staf akademik.

Negara

  • Meningkatkan prestasi export sektor pertanian
  • Bekalan makan rakyat

Rakyat

  • Harga Produk Agro Yang Stabil (mengurang tekanan inflasi)
  • Produk Berkualiti Dan Kuantiti Mengikut Permintaan Domestik

Antarabangsa

  • Meningkat bekalan makanan penduduk dunia.

 

MEKANISME DAN SASARAN SISWAZAH

  1.  Keahlian MYAGROSIS adalah terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berminat dan sedang menuntut di IPTA dalam apa juga jurusan pengajian.
  2. Mahasiswa dan mahasiswi yang ingin berdaftar dikehendaki mengisi borang keahlian MYAGROSIS.
  3. Pelaksanaan di semua IPTA di bawah kawal sedia penasihat-penasihat Kelab MYAGROSIS.









 

 

 DSC 5823

  

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

You are here: Home INFO AM PENGENALAN

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)