MYAGROSIS

MYAGROSIS bertujuan untuk melatih mahasiswa dan mahasiswi menjadi usahawan siswazah tani moden yang berkeyakinan dan berdaya saing tinggi. Impaknya melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden berpendapatan tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Penubuhannya merupakan suatu “ Strategi Lautan Biru “ iaitu kerjasama diantara MOA dan MOHE.

MYAGROSIS turut membuka perspektif baru dikalangan mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA untuk mengangkat martabat sektor pertanian sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan melalui teknologi moden dalam pengeluaran dan pemasaran produk asas tani. Malah pendekatan keusahawan kelab ini turut melibatkan pendekatan penggunaan kaedah siber, kreatif dan inovasi.

TUJUAN

MYAGROSIS sebagai program menyokong dasar negara untuk melahirkan usahawan siswazah moden yang terbilang berasaskan bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tujuan penubuhan Kelab MYAGROSIS adalah untuk melahirkan sekelompok usahawan tani yang berdaya saing & berkaliber dikalangan siswazah dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk berasaskan pertanian terutama agromakanan. Berikut adalah situasi utama yang membawa kepada penubuhan MYAGROSIS di universiti-universiti tempatan.

  • Penglibatan mahasiswa dalam sektor pertanian secara umumnya masih lagi di peringkat yang rendah.
  • Kebanyakan program di IPTA tidak banyak menawarkan jurusan pengajian yang berkaitan dengan pertanian.
  • Kelab MYAGROSIS (MY-Malaysia, AGRO-Pertanian, SIS-Siswazah) adalah kelab bagi siswazah dalam pelbagai bidang pengajian di IPTA yang berminat dalam bidang pengeluaran dan pemasaran pertanian dan agro-makanan.
  • Kelab ini  pula bertujuan untuk melahirkan usahawan siswazah yang berkeyakinan, mempunyai daya saing yang tinggi dalam di dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk agro-makanan.

OBJEKTIF

  • Melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden kreatif yang mengamalkan pelbagai kaedah teknologi moden untuk mencapai berpendapatan tinggi dibidang perniagaan tani.
  • Meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pemasaran pertanian selaras untuk memenuhi keperluan makanan rakyat dinegara ini yang kian meningkat berasaskan konsep penggantian import dan berorentasikan eksport.
  • Meningkatkan daya saing negara berbanding negara maju dalam bidang pengeluaran dan pemasaran pertanian berasaskan output berkualiti serta berprestasi tinggi melalui kecekapan amalan keusahawanan, kompentensi tenaga kerja, mengoptimum penggunaan sumber, inovasi, penyelidikan, teknologi, dan pengurusan modal.
  • Memupuk minat kepada pertanian dikalangan siswazah IPTA.
  • Memberi pendedahan kepada siswazah tentang pertanian sebagai kerjaya pilihan utama.
  • Memberi pendedahan kepada siswazah untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian sejajar dengan slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".
  • Membantu meningkatkan keusahawanan pertanian kepada siswazah IPTA.
  • Membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik.
You are here: Home INFO AM TUJUAN DAN OBJEKTIF

logo agrobank logo doa logo dof logo dvs logo fama logo kada logo lpp logo mada logo mardi logo moa logo tekun LEMBAGA PERINDUSTRIAN NENAS MALAYSIA (LPNM)